iWebz : Tentang Kami
Labels:
Introduction
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Terima kasih kerana mengunjungi laman web iWebz! Untuk pengetahuan anda, iWebz merupakan suatu platform maya yang menyediakan perkhidmatan membina, mereka bentuk, dan mengemaskini laman web anda. iWebz juga menyediakan solusi terbaik dalam menghos laman web anda pada budget yang sangat bersesuaian dengan keperluan anda. Yang pastinya lebih nilai untuk wang anda!
Selain itu, iWebz turut menyediakan perkhidmatan "marketing tools",optimisasi enjin pencarian ataupun "Search Engine Optimisation (SEO)", serta banyak lagi elemen-elemen untuk menambah keberkesanan serta pendapatan online dari laman web anda.
Terakhir sekali buat pengetahuan anda, buat masa sekarang iWebz bergerak secara "Freelance" ataupun berdasarkan kepada kelapangan. Oleh sebab itu semua perkhidmatan kami ada kalanya diberi secara percuma dan pada kos terendah kepada mereka yang berminat. Fokus kerja akan diberikan kepada setiap pelanggan kami sehingga anda berpuas hati dengan hasil kerja kami :-)




